Prosedur accu-fact lift, boleh dilakukan selama 3 minit, 2 kali sehari pada titik tekanan pada muka. Setiap titik diberi penekanan selama 10 - 15 saat. Insya-Allah dalam masa 30 hari anda akan nampak perbezaan pada kulit anda. Kulit nampak lebih anjal dan nampak awet muda. Untuk nampak lebih berkesan, amalkan mengambil makanan tambahan seperti bird nest dan heritage golden drink untuk menambah nutrien supaya kedut-kedut dimuka akan berkurangan dalam masa 30 hari. Insya-Allah.
MENGENAL JENIS KULIT ANDA
Kesihatan kulit bergantung kepada banyak factor, factor yang tidak boleh dikawal adalah factor genetic yang dianugerahkan oleh Allah swt secara semulajadi dan factor lain yang perlu dikawal bergantung kepada cara hidup dan pemakanan kita.
Faktor penyebab kulit bermasalah/tidak seimbang dan boleh rosak:
-Faktor cuaca
-Pendedahan kepada cuaca matahari
-Makanan yang berminyak
-Perubahan hormon disebabkan oleh pil perancang keluarga
-Kehamilan
-Monopous/putus haid
-Diet yang keterlaluan
-Dll.
Jika terdapat tanda-tanda pada kulit muka mempunyai kawasan terlalu kering dan sebahagian kawasan terlalu berminyak ini menunjukkan kulit muka kita tidak seimbang.
JADUAL MENGENAL JENIS KULIT
DEFINASI JENIS KULIT | CIRI-CIRI KEADAAN KULIT |
Normal Tekstur sekata Kurang kedutan Tidak berkilat Berseri, bercahaya dan ton wajah yang cerah | Normal Tidak mempunyai masalah Lembut dan anjal Jarang-jarang terdapat bintik-bintik Hitam dan kemerah-merahan Mudah dirawat dan disolekkan |
Kering Tekstur kulit yang lembut Garisan kedut boleh dilihat Kering, bersisik Kelihatan cantik bila muda | Kering Mudah terjejas apabila terdedah kepada cuaca yang melampau Sentiasa perlukan pelembap Kulit rasa kasar dan ‘pecah-pecah’ Keadaan kulit yang berubah-ubah |
Sensitif Tekstur kulit yang sangat lembut Garisan halus Kulit kelihatan tegang Kulit bersisik, bintik-bintik hitam | Sensitif Rasa sakit bila disentuh Rasa tegang bila disentuh Nampak kemerahan, urat-urat kecil boleh dilihat Sensitif banyak benda daripada suhu sehingga ke jenis rawatan produk kecantikan |
Berminyak Tekstur kasar Berminyak Tompok-tompok merah Kadangkala terdapat garisan pada kawasan mata Terdapat garisan pada muka dan mulut jika sudah berumur | Berminyak Kulit mudah pulih Meresap solekan terutama dalam cuaca panas Disebelah petang kulit Nampak kotor dan tidak berseri Kulit mudah merah terutama dalam tekanan dan ketika haid |
Kombinasi Teksture kulit berminyak, kering, bercampur-campur, berjerawat dan berjeragat Susah untuk takrifkan jenis kulit ini kerana ia kadang-kadang berminyak dan kadang kala kering Biasanya berminyak di T zon dan kering di lain tempat | Kombinasi Banyak masalah dan perlu rawatan rapi oleh pakar Perlu kepada detox dan makanan tambahan untuk hormone bagi mengeimbangkan masalah jeragat, jerawat dan kulit terlalu berminyak |
JENIS KULIT MENGIKUT BANGSA DAN BENUA
Caucasin
Merupakan jenis kulit orng barat, biasanya sangat cantik semasa muda tetapi bila berumur 25 tahun ke atas, kesan kedut amat ketara. Ini bermakna orang barat akan nampak tua lebih cepat berbanding orang timur.
Oriental
Di antara jenis kulit orang timur iaitu orang-orang Jepun, Korea dan China. Kulit jenis ini biasanya lebih tahan kesan penuaan daripada kulit orang putih (kulit caucasin)
Asia Nusantara
Kelompok kulit inu adalah kulit orang-orang di Asia Nusantara dan sub benua India Selatan. Kulit orang Asia Nusantara mudah sesuai dengan keadaan lembap, panas dan hujan. Kulit jenis ini lebih tahan lasak daripada oriental dan caucasin. Kelemahan kulit orang asia sentiasa berminyak dan kombinasinya menyebabkan masalah jerawat, jeragat dan lain-lain masalah kulit. Jika kulit dijaga dengan baik, kulit orang asia masih dilihat muda walaupun sudah menjangkau usia 60 tahun.
Kulit Afro-caribean
Merupakan kulit orang afrika dan caribean yang lebih berwarna gelap, oleh sebab itu kulit jenis ini tahan pancaran matahari dan tidak mudah rosak. Kebaikan kulit jenis ini adalah tahan lasak, awet muda dan lain-lain kebaikan.